Kehidupan peribadi Shakilla_Khoriri

Diugut kerana watak antagonis

Pada April 2014, Shakilla mendedahkan kepada media yang beliau pernah diserang oleh seorang wanita yang kelihatan tidak berpuas hati dan membenci dengan watak antagonis lakonannya di dalam sebuah drama. Menurutnya, beliau ketika itu sedang melayan peminat yang mahu bergambar dengannya sebelum wanita itu menyerangnya dari arah belakang. Selain itu, beliau turut menerima ugutan dirogol, dibunuh dan disimbah asid sekiranya beliau terus membawakan watak antagonis.[5]

Pertunangan dan perkahwinan

Pada 16 Julai 2017, Shakilla telah bertunang dengan Fizi Ali yang merupakan seorang penyampai radio Suria FM. Pasangan ini telah bercinta selama empat tahun,[6][7] dan keputusan untuk bertunang diambil selepas Fizi menghantar rombongan merisik pada awal Februari lalu.

Shakila sah menjadi isteri kepada Fizi pada 18 Februari 2018. Pasangan itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan dua kali lafaz tepat pukul 10.37 pagi di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.[8] Pasangan ini dikurniakan bayi perempuan pada 14 Mac 2019 bernama Ameena Sofia.

Rujukan

WikiPedia: Shakilla_Khoriri http://www.bharian.com.my/node/190336 http://www.bhplus.com.my/node/191980 http://www.bhplus.com.my/node/261465 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/shaki... https://www.facebook.com/ShakillaKhoriri https://www.instagram.com/shakillakhoriri/?hl=en